Saturday 14 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian



RANCANGAN PENGAJARAN
Bilangan Pelajar                     : 25 Orang
Masa                                     : 40 minit
Tema                                     :Buah-buahan 
Tunjang utama                        : Komunikasi Bahasa Malaysia
Standart  Kandungan             :(BM 3.4)Membina dan membaca Suku kata
                                              (BM 3.5)Membaca perkataan
Standart Pembelajaran  :(4+)BM 3.4.2-Membunyikan dua suku kata dengan bimbingan.
                                     (5+) BM 3.4.2-Membina dan membunyikan dua suku kata terbuka secara rawak.
                                      BM 3.4.6-Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara rawah.
                                      BM  3.4.7-Membina dan membunyikan suku kata tertutup secara rawak.
                                      (4+) BM 3.5.1-Membatangkan (mengeja sambil membaca ) dua suku kata untuk
                                       menjadi perkataan dengan bimbingan.                                      
                                     (5+) BM 3.5.3-Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi 
                                     Perkataann (contoh :buku).
                                     BM 3.5.4-Membatang tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan
                                          (conto:kereta)
Tunjang yang disepadukan:         tunjang keterampilan Perkembangan sosioemosi
                                                 tunjang Fizikal Dan Estetika.
Objektif            :Pada akhir pengajaran murid dapat.
                         Membina dan membaca suku kata.
                         Membunyikan dua suku kata terbuka.
                         Membunyikan tiga sukukata terbuka
                         Membatangkan dua sukukata untuk menjadi perkataan
                         Mengeja dan membatangkan 3 daripada 6 jenis buah-buahan


BAHAN-BAHAN:
Gambar berkaitan untuk set induksi
kad perkataan dua sukukata
Kad perkataan nama buah ( ciku, kiwi, jambu, papaya, kelapa dan tembikai
Gambar buah seperti no-2
Lembaran kerja

PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR :
Kanak-kanak sudah mengetahui dan mengenali buah-buahab tersebut
Kanak-kanak sudah mempelajari dan menguasai kaedah bacaan hasil gabungan 2 huruf (k + v) dan (k+v+k)

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi (3 minit)-
Guru Menunjukan gambar seorang kanak-kanak-kanak sedang makan buah
Guru bersoal jawab dengan  kanak-kanak secara kaedah kelas, kumpulan dan individu
Soalan ; a) apakah yang sedang kamu lihat?
b) apakah yg sedang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut?
c) apakah yg dimakan oleh kanak-kanak tersebut?
d) adakah buah tersebut berkhasiat?
Guru memberi penerangan mengenai khasiat buah
Aktiviti 1 (8 minit)
Guru menunjukkan kad sukukata
Ci            ku           wi           ki             bu           pa           ya           ke           la             jam        tem        kai       bi               
Guru mengeja dan membunyikan huruf-huruf yang ditunjukkan
Guru meminta kanak-kanak mengikut guru mengeja bersama-sama
Murid mengeja  dengan bimbingan
murid mengeja sendiri dengan kaedah kelas, berkumpulan dan individu


Aktivti 2 ( 8 minit )
Guru mencatumkan kad sukukata tersebut hingga menjadi perkataan- seperti dalam blog                                       
contoh – ci  +  ku  =  ciku,   jam + bu  = jambu
Guru mengeja dan membatangkan dan membatangkann hasil gabungan sukukata tersebut
Guru meminta kanak-kanak mengikut guru mengeja bersama-sama
Murid mengeja  dengan bimbingan
murid mengeja sendiri dengan kaedah kelas, berkumpulan dan individu


Aktiviti 3 ( 8 minit)

Guru menunjukkan gambar buah-buahan ( spt diatas )
guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar buah. Murid menggunakjan pengetahuan sedia ada untuk memberI jawapan kreatif berkenaan buah tersebut – penerapan nilai dan penggabungjalinan tunjang ( kreativiti dan fizikal )
murid mengeja perkataan ( nama-nama buah – spt dalam kad suku kata ) seperti dalam blog
guru mengeluarkan kad imbasan dan memberi penerangan serta arahan aktiviti memadankan gambar dengan perkataan
Murid menjalankan aktiviti memadankan gambar dengan perkataan secara individu. Aktiviti spt dlm blog.

                    
Aktiviti 4 ( 10 minit )
Guru menyediakan lembaran kerja sebagai aktiviti penaksiran – seperti dalam blog
Guru memberi  penerangan dan arahan mengenai lembaran kerja tersebut
Murid menyelesaikan aktiviti dan mewarna gambar buah

Penutup ( 3 minit )
Murid dan guru bersoal jawab mengenai pembelajaran yang telah dijalankan
Guru mengujarkan beberapa soalan ;
Apakah yang telah kamu lakukan tadi?
Apakah sukukata yang telah kamu pelajari?
Apakah nama-nama buah yang telah kamu eja?
Guru memainkan lagu buah-buahan dan murid menyanyi bersama-sama.


PROSES PENGAJARAN

Gambar untuk set induksi

 

Cuba adik-adik jawab
soalan tersebut.

a)    Apakah yang kamu sedang lihat ?
b)    Apakah yang sedang dilakukan oleh wanita tersebut?
c)     Apakah yang di makan oleh wanita tersebut?
d)    Adakah buah tersebut berkhasiat? 


Contoh Aktiviti 1 – Pengunaan flash kad
cuba adik – adik eja dan sebut bunyinya-gabungan huruf (k+v)

  






cuba adik – adik eja dan sebut bunyinya-
gabungan huruf (k+v+k)





Contoh Aktiviti 2 – gabungan 2 suku kata menjadi perkataan
cuba adik – adik eja dan sebut bunyinya-
cantuman 2 suku kata







cuba adik – adik eja dan sebut bunyinya-
cantuman 3 suku kata 







Contoh Aktiviti 3 – mengeja dan menyebut nama-nama buah
                cuba adik – adik sebut bunyi perkataan-perkataan tersebut



                                                                                                                                                                            
Contoh Aktiviti 4 – aktiviti memadankan gambar dengan perkataan
cuba adik – adik padankan gambar dengan perkataan



Contoh Aktiviti 4 – Lembaran kerja
cuba adik – adik tulis nama buah-buah berpandukan gambar yang diberi


Contoh Penutup – Lirik lagu
cuba adik – adik menyanyi
bersama-sama


Sekian Terima Kasih